Have an account?

Sunday, May 20, 2012

Facebook Oh Facebook


Laman sosial facebook atau muka buku sudah tidak asing lagi kepada seluruh penduduk dunia terutamanya pada zaman teknologi dan serba moden ini. Laman sosial ini seolah-olah telah menggantikan semua jenis laman maya di internet yang suatu masa dahulu pernah mendapat tempat di hati setiap pelayar-pelayar internet.

Facebook kini telah menggantikan Yahoo dan Google Mail dalam penghantaran mesej maya. Malah ianya turut menggantikan laman maya Myspace, Friendster, Google Talk, Yahoo Messenger dan sebagainya dalam konsep perbualan maya atau       chatting. Ianya turut menggantikan blogger kerana ianya lebih cepat dari sudut penyampaian maklumat.

Namun, dalam kebanyakan kemudahan yang terdapat pada laman ini, perlu kita sedari bahawa ianya turut mendatangkan beberapa kesan buruk seandainya tidak digunakan secara baik dan berhemah.

Antara perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan adalah:

1. Butiran peribadi pemilik akaun - Seharusnya kita tidak meletakkan butiran yang benar dalam laman sosial ini kerana ianya boleh menjadikan kita sebagai mangsa yang tidak diketahui, nauzubillah. Letakkanlah maklumat yang dirasakan perlu sahaja.
2. Gambar profil dan album - Gunakanlah gambar-gambar yang tidak mendatangkan fitnah kepada diri sendiri seperti gambar yang membuka aurat, sedang bergurau senda dan sebagainya, kerana ianya akan menarik perhatian orang untuk mendekati kita. Perlu diingat, sesiapa sahaja yang like gambar kaum Hawa yang terbuka auratnya, akan turut mendapat ‘saham’ di  akhirat kelak.
3. Laman chatting - Tidak salah untuk kita chatting dengan kenalan kita di laman ini, akan tetapi ianya perlu diingatkan bahawa janganlah kita chatting berkenaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan membuang masa, apatah lagi ianya akan    melalaikan kita daripada seda akan hakikat diri dan penciptaan manusia.
4. Posting - Ianya berkaitan dengan apa sahaja yang berada di wall kita atau bersumberkan dari kita. Perlu diingatkan bahawa segala posting kita ini terdedah kepada umum, ianya akan dibaca malah akan disharekan pada wall orang lain. Sebaik-baik posting adalah yang memberi manfaat kepada pembacanya.


Perlu ditekankan bahawa masih banyak perkara yang perlu kita waspada dalam laman ini. Bagi seorang yang mampu berfikir, gunakanlah laman ini dengan sebaiknya. Penciptanya orang Yahudi, tetapi laman ini boleh digunakan untuk memartabatkan Islam secara langsung menjalankan dakwah Islamiyah. Mudah kan berdakwah pada zaman ini.

Insya Allah, semoga perkongsian pada keluaran kali ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang membacanya.

Tuesday, April 10, 2012

DAULAT TUANKU..

Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diatas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agung ke 14..


Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949.

Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.


Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
Semasa di England iaitu pada 6 Ogos 1949, baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah.

Thursday, March 29, 2012

Memo KI


Assalamualaikum......Dukacita dimaklumkan Program Forum Bicara Kasih 'Bebaskan Palestin, Selamatkan Syria' terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah tertentu. Pihak kami memohon maaf atas apa yang berlaku...Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan anda terhadap Kelab Iqra'. Teruskan menyokong Kelab Iqra', semoga kita beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disebalik kegagalan yang melanda, pasti ada hikmahnya. Itulah cara Allah menguji orang-orang yang mengaku bahawa dirinya adalah hambaNya.

Smile With KI :D

Wednesday, March 14, 2012

Assalamualaikum wbt & salam mawardah

Kelab Iqra UTHM mengucapkan takziah dan merasa simpati kepada keluarga Nurul Nadirah Abdullah di atas kematian beliau semalam. Lebih menyayat hati apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di Nusa Damai, Johor Bahru 12 Mac 2012. Hancur luluh jiwa bagi sesiapa yang menghadapi musibah sebesar ini. 


Menurut Ahmad Norhakim selaku Presiden Kelab Iqra UTHM yang baru dilantik merasa sedih kerana ada insan yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Apalah dosa bagi seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini sehingga beliau dijadikan korban bagi memenuhi nafsu mereka yang bertuhankan syaitan.

Peristiwa penculikan dan pembunuhan kanak-kanak bukan berlaku sekali, tetapi sudah kerap berlaku di negara ini. Apa sudah jadi kepada Malaysia apabila budaya sopan santun dan hormat menghormati yang dahulunya amat menebal dalam masyarakat Malaysia sudah semakin hilang. Penjenayah sudah semakin berani melakukan perbuatan luar dari kewarasan akal manusia. Apakah sebabnya sehingga kejadian seperti ini boleh berlaku? 
Tragedi yang menimpa Nurul Nadirah Abdullah akan menimbulkan kekhuatiran dan kebimbangan masyarakat bahawa negara ini tidak selamat dari ancaman penjenayah. Ibubapa sukar melepaskan anak-anak mereka ke sekolah atau ke taman permainan kerana bimbang nasib yang sama akan menimpa anak-anak mereka pula. Ramai sudah berkira-kira, siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Iqra juga menasihatkan semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat agar mengambil langkah bersama bagi mencegah kejadian ini. Anak-anak tidak harus dibiarkan berseorangan bermain ditaman-taman permainan atau ke kawasan berhampiran melainkan perlu pemantauan ibu bapa dan penjaga. 
Akhirnya, barisan kepimpinan Kelab Iqra UTHM yang baru mendoakan keluarga allahyarhamuha Nurul Nadirah Abdullah semoga tabah menghadapi ujian seberat ini. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji keluarga beliau melainkan untuk mengangkat darjat mereka di sisiNya dan juga mendoakan semoga roh allahyarhamuha ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Amin Ya Rabbal Alamin


AHMAD NORHAKIM BIN MOHAMED SABRI
PRESIDEN KELAB IQRA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2012/2013

Friday, March 2, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Iqra' UTHM kali ke-13




Agenda terkini :
Perbahasan Ucapan Dasar Presiden Kelab Iqra' UTHM 2011/2012
Saudara Muhammad Zulkifli bin Che Lah
[11.30 pagi]

Sesi Pembentangan Laporan Program dan Laporan Kewangan
Saudara Sahrul Khair bin Osman
Setiausaha Kerja Kelab Iqra' UTHM 2011
[12.10 tengah hari]

Laporan Program disahkan dan disokong oleh muktamirin dan muktamirat
[12.19 tengah hari]

Laporan Kewangan Kepimpinan kelab iqra' disahkan dan disokong oleh muktamirin dan muktamirat
[12.23 tengah hari]

Pembubaran Kepimpinan Kelab iqra' sesi 2010/2011
[12.25 tengah hari]

Pengumuman Majlis Tertinggi Baru sesi 2012/2013
[12.28 tengah hari]

Pembentangan Usul dan Cadangan bagi sesi Kepimpinan Kelab Iqra' UTHM sesi 2011/2012
[12:45 tengah hari] 

Majlis Bersurai
[1.03 petang]

Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Cai


Kelab IQRA' Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina